Pengambilalihan di Jakarta Gerakan 30 September

Kemudian pagi itu, seramai 2,000 tentera dari Batalion 454 dari Divisyen Diponegoro dan Batalion 530 Divisyen Brawijaya menduduki dan menguasai 'Lapangan Merdeka (kini Monumen Nasional di Jakarta Pusat), dan bangunan Radio Republik Indonesia.Mereka tidak menguasai ibu pejabat Mejar Jeneral Suharto.Pada malamnya, DN Aidit selaku ketua Parti Komunis Indonesia (PKI) dan Timbalan Marshall Udara Omar Dhani pergi ke lapangan terbang Halim.

Berita jam 07:00 malam menyiarkan ucapan Leftenan Kolonel Untung Syamsuri , komander rejimen Cakrabirawa , pengawal Presiden telah mengambil kawalan lokasi strategik di Jakarta, dengan bantuan unit tentera yang lain. Tujuannya adalah untuk mencegah satu cubaan rampasan kuasa oleh satu 'Ketua Majlis' dibantu oleh CIA - CIA berniat membuang Sukarno pada 5 Oktober pada hari ulang tahun ke-20 "Tentera Nasional Indonesia".Dia juga meyatakan bahawa Presiden Sukarno sedang dilindungi.Untung bergerak ke Halim . Kemudian Sukarno mendakwa dia berhampiran pesawat dan hendak meninggalkan Jakarta. Selanjutnya Radio Indonesia menyenaraikan 45 ahli Gerakan G30S dan semua tentera berpangkat dihapuskan.